Jenayah

Operasi Cari Kanak-Kanak Lemas Di Sungai Besi Diteruskan

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki yang hilang dibawa arus deras ketika sedang memancing di Sungai Puyoh berdekatan Kem Perdana Sungai Besi, di sini, pada Isnin diteruskan pagi Selasa.

Mangsa yang terlibat dan dipercayai lemas dalam kejadian itu ialah Remy Julian Raymond Joe, 14, Joe Jerry, 12, dan Josnual Usin, 9.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata operasi SAR yang bermula pukul 7 pagi tadi melibatkan kekuatan seramai 33 anggota bomba dan penyelamat Sungai Besi serta lapan anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi mengesan kesemua mangsa.

“Pada pagi ini, bomba telah melakukan ‘staging’ di belakang perumahan Projek Perumahan Rakyat Permai di Sungai Besi sepanjang 2 kilometer dari tempat kejadian berhampiran perangkap sampah.

“Ia turut disertai oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air Selangor dan Unit Anjing Pengesan K9 dalam operasi SAR ini,” katanya ketika dihubungi.

Pada Isnin, dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki telah hilang dibawa arus deras ketika sedang memancing di sungai berkenaan.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");