Jenayah

Pejalan kaki maut dirempuh motosikal

KLUANG: Seorang pejalan kaki warga emas maut dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan di Jalan Kampung Paya Kluang, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, mangsa, Yak Kim Kee, 82, parah di kepala dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu.

Beliau berkata, pejalan kaki berkenaan maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Eche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang, manakala penunggang motosikal yang merupakan warga Pakistan, Abid Mohammad, 29, hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

“Hasil siasatan awal mendapati, bentuk jalan lurus dan jenis jalan adalah dua hala dan setiap hala satu lorong, dengan garisan tengah jenis berkembar.

“Kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari arah Jalan Batu Pahat-Mersing menghala ke Kampung Paya, tidak sempat mengelak pejalan kaki yang melintas jalan ketika tiba di tempat kejadian.

“Akibat perlanggaran, penunggang motosikal bersama motosikalnya terjatuh di bahu jalan, manakala pejalan kaki terjatuh di atas jalan,” katanya semalam.

Mohamad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");