Panasnya Hari Ini

Pelajar Sekolah Agama Pemenang PROTON Design Competition 2015

KUALA LUMPUR: Tiga orang pelajar dari Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya dan seorang mahasiswa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan PROTON Design Competition 2015.

Tiga pelajar tersebut ialah Najwa Abdul Aziz 16, Muhammad Arif Fadhli Ishak 15 dan Iylia Farzana Ibrahim 16 telah memenangi bagi Kategori 1 (Kategori Sekolah Menengah) dengan lakaran yang bertajuk PROTON Enigmas.

Manakala bagi Kategori 2 (Kategori Individu), Muhammad Ismail Ibrahim telah mempertaruhkan lakaran kereta yang bertajuk PROTON Maxima.

????????????????????????????????????

Pemenang bagi Kategori 1 telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan Kategori 2 membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad

Terdahulu, pemenang juga berpeluang melawat ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PROTON dimana kereta PROTON pertama dicipta.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, sebanyak 430 penyertaan telah diterima sepanjang 14 minggu pertandingan berlangsung.

“Pada tahun ini, kita membuka hanya dua kategori. Selain jumlah penyertaan yang semakin meningkat berbanding tahun lalu, penganjuran pada tahun ini juga melihat kualiti rekabentuk yang diterima juga bertambah baik.

????????????????????????????????????

“Apabila kita menganjurkan pertandingan ini pada kali pertama tahun lalu, kita mensasarkan untuk meningkatkan kreativiti dalam kalangan belia di Malaysia dan disebabkan itu, kualiti dalam setiap penyertaan perlulah yang paling terbaik,”katanya, dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, disebabkan penyertaan yang memberangsangkan, pertandingan ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Kami akan meneruskan program ini dalam jangka masa panjang kerana ianya merupakan pengalaman yang paling berharga.

“PROTON adalah satu-satunya OEM di antara negara-negara ASEAN yang mempunyai fasiliti penyelidikan dan pembangunan yang bertanggungjawab membentuk kemahiran dalam inovasi dan kreativiti dalam kalangan anak muda di Malaysia,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");