Membawang Hari Ini

Penangan ‘perang galaksi’

Tidak perlu dipertikaikan dan dinafikan lagi, kini semua peminat filem di seluruh dunia tidak sabar untuk menantikan filem Star Wars: The Force Awakens yang mula ditayangkan 17 Disember ini.

Peminat tegar Star Wars pastinya mengharapkan sekuel terbaru ini lebih hebat berbanding enam siri Star Wars yang bermula sejak 1977.

Difahamkan, masing-masing sudah menanda kalendar supaya tidak ketinggalan menonton filem hebat ini.

Dibintangi pelakon handalan seperti Harrison Ford sebagai Han Solo, Mark Hamill (Luke Skywalker), Carrie Fisher (Princess Leia), Oscar Isaac (Poe Dameron) dan Daisy Ridley (Rey), Star Wars sentiasa dikenali dengan sentuhan tersendirinya.

Tidak ketinggalan, syarikat panggung wayang terbesar Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) membuka pembelian tiket lebih awal.

Dimulakan sejak 16 November lalu, pembelian tiket boleh dibuat menerusi mana-mana kaunter tiket GSC seluruh negara.

Pembelian juga boleh dibuat menerusi GSC e-Payment di www.gsc.com.my atau aplikasi GSC Mobile App di telefon pintar.

Selain format 2D, Star Wars: The Force Awakens juga boleh diikuti dalam format 3D, D-BOX dan Dolby Atmos di GSC 1Utama dan GSC Pavilion, Kuala Lumpur (KL) dan GSC Plaza Gurney, Pulau Pinang.

Format Dolby Atmos juga boleh diikuti di cawangan GSC terpilih iaitu GSC NU Sentral (KL), GSC Pavilion (KL), GSC Quill City Mall (KL), GSC 1 Utama (KL), GSC Plaza Gurney (Pulau Pinang), GSC Sunway Carnival (Pulau Pinang), GSC Aman Central (Alor Setar) dan GSC Dataran Pahlawan (Melaka).

Filem pecah panggung itu turut mengambil tempat di GSC Maxx in Berjaya Times Square (KL), GSC IOI City Mall (Putrajaya) and GSC Ipoh Parade (Perak).

Sempena penayangan filem itu, GSC turut menawarkan peminat dengan pelbagai barangan eksklusif serta terhad dengan pembelian tiket.

Pembelian menerusi e-Combo @RM50 di GSC e-Pay­ment atau GSC Mobile Apps itu bakal disertakan dengan kemeja-T istimewa sehelai kemeja-T Trooper, Kylo Ren, dua minuman dan satu saiz besar bertih jagung.

Tawaran promosi ini sa­ngat terhad dan bakal berakhir bila-bila masa saja.

Selain itu, pada 10 Disember ini, pelanggan juga boleh membeli tiket pada harga RM30 di GSC sekitar pantai barat Malaysia manakala RM30.50 di GSC Signature, The Gardens (KL) dan GSC di pantai timur.

Kombo berkenaan turut disertakan dengan sehelai kemeja-T khas Star Wars: The Force Awakens, dua minuman dan bertih jagung bersaiz besar.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");