Perak Hari Ini

Peruntukan RM2.89 juta Untuk Program PINTAF

IPOH: Kerajaan Negeri telah meluluskan memperuntukan sejumlah RM2.89 juta untuk program Pinjaman Tanpa Faedah (PINTAF) bagi tahun 2015.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak 76 peratus daripada keseluruhan bajet Pembangunan Industri Ruminan Negeri Perak kepada program berkenaan.

Ujarnya, program berkenaan dilaksanakan untuk membantu penternak di negeri Perak untuk meningkatkan pendapatan melalui usaha ternakan ruminan mereka seperti lembu, kambing dan rusa.

“Kita harapkan dengan bantuan pinjaman tanpa faedah untuk mereka dapat memperkembangkan lagi serta membantu meningkatkan pendapatan mereka dan akhirnya menghasilkan lebih banyak lagi daripada segi pengeluaran yang mereka lakukan yang ada pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Ternakan PINTAF dan Pembangunan Padang Ragut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak di sini, hari ini.

PERAK TODAY 2

Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal, barisan Exco Kerajaan Negeri dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, Dr Norlizan Mohd Noor.

Tambahnya, daripada jumlah peruntukan yang diluluskan berkenaan, sebanyak RM1.74 juta telah dikhususkan untuk menyediakan bantuan 660 ekor lembu pedaging yang diberikan kepada seramai 119 penternak.

“Manakala, RM651,500 pula daripada jumlah berkenaan adalah untuk bantuan ternakan kambing atau bebiri sebanyak 891 ekor yang diberikan kepada 99 orang penternak.

“Selebihnya pula iaitu sejumlah RM496,000 telah diperuntukan untuk bantuan lembu tenusu dara sebanyak 88 ekor yang diberikan kepada 21 penternak,”katanya lagi.

PERAK TODAY 10

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak turut telah memperkenalkan Program PINTAF Rusa yang mana pada tahun ini sebanyak 24 ekor baka pejantan rusa telah diangihkan kepada penternak.

“Baka pejantan rusa yang berharga RM79,200 berkenaan telah diagihkan kepada sembilan kelompok penternak di padang ragut bagi penggantian baka yang telah lama.

“Ia bertujuan untuk memastikan pengeluaran rusa yang berkualiti dan mengelakkan berlaku pembiakan dalaman (inbreeding) dalam ternakan rusa. Program ini diharap dapat mengekalkan kelestarian industri penternakan rusa di negeri Perak,” katanya lagi.

PERAK TODAY 7

Zambry turut mengingatkan kepada penternak yang terlibat dalam program PINTAF ini untuk menggunakan sebaik-baiknya pinjaman berkenaan.

“Gunakan peluang-peluang yang ada ini sebaiknya. Saya yakin kalau mereka bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan lagi penternakan mereka, tentunya dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ia akan menambahkan lagi bilangan binatang-binatang atau ruminan penternakan mereka,” kata beliau lagi.

Terdahulu, Zambry telah menyerahkan ternakan PINTAF seperti lembu pedaging, lembu tenusu, kambing/bebiri, Rusa dan juga bantan pembangunan padang ragut kepada wakil peternak bagi setiap daerah di negeri Perak.

PERAK TODAY 8

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");