Jenayah

Remaja OKU dijumpai mati lemas

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan mati lemas ketika beriadah bersama abangnya di Pantai Lido, di sini petang semalam.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor Baharu, Leftenan Muda Mohd Aziz Juperi berkata, mangsa, Muhammad Yuszairee Ramlee adalah remaja orang kurang upaya (OKU) berasal dari Taman Perling di sini.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa sedang berjalan-jalan di hadapan Jabatan Agama Islam Johor sebelum dipercayai tergelincir ke tebing pantai di depan jabatan itu.

Mohd Aziz berkata, JPAM yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit menggerakkan dua aset bot dan 16 keanggotaan ke tempat kejadian bagi mencari dan menyelamatkan mangsa.

“Operasi turut disertai sejumlah tujuh anggota dan pegawai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu serta Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Bagaimanapun, berikutan keadaan pantai yang gelap dan air surut, operasi terpaksa dihentikan lewat malam tadi sebelum disambung semula pada jam 8.30 pagi ini.

Mayat mangsa kemudian dijumpai tidak jauh dari tempat kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");