Panasnya Hari Ini

Veteran UMNO Merayu Supaya Muhyiddin Bersabar

KUALA LUMPUR: Veteran Umno merayu kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin, supaya sentiasa bertenang dan menyifatkan tindakan berdiam diri  tidak bermakna mengalah.

Menurut Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub seorang pemimpin yang banyak mengharungi dugaan dan kebahagiaan dalam Umno, akan sentiasa berlapang dada.

“Oleh itu, atas nama perpaduan dan keutuhan parti, veteran dengan rendah diri memohon Tan Sri Muhyiddin bertenang dan meneruskan tugas dan kerjanya kepada parti seperti yang beliau janjikan sebelum ini,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Tambahnya lagi, bagi organisasi lain sekalipun pun tidak semua cadangan akan diterima dalam sesi mesyuarat.

“Pengerusi juga sering mendapat tentangan ahli jawatankuasa. Tapi demokrasi menentukan pandangan majoriti yang diterima. Oleh itu, pihak minoriti mestilah menerima keputusan itu sebagai keputusan bersama,” katanya.

Veteran UMNO juga turut menyuarakan kebimbangan mengenai pertelagahan yang terjadi dalam pucuk pimpinan Umno ini.

Tambahnya,jika ianya masih berterusan dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada parti untuk menghadapi pilihanraya umum PRU14 nanti.

“Veteran yakin, Tan Sri Muhyiddin tidak mahu melihat Umno kecundang nanti, kerana kecundangnya Umno bermakna kegagalan beliau sebagai timbalan presiden. Tan Sri Muhyiddin pernah menjadi pemimpin Umno yang berjaya, dan beliau juga mampu menjadi seorang pengikut yang setia,” katanya.

“Veteran tidak mahu kehilangan mana-mana pemimpin yang telah banyak berjasa kepada parti. Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai naib presiden tetap kami hormati dan sanjungi selagi mereka berdua kekal dijawatan itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");