Membawang Hari Ini

Bintang Dilwale marah ternampak penumpang pesawat tonton Dilwale versi cetak rompak

SIAPA sangka keseronokan seseorang yang sedang menonton filem cetak rompak disedari pula oleh bintang filem itu sendiri.

Begitulah kisah seorang penumpang pesawat yang sedang leka menonton filem Bollywood, Dilwale versi cetak rompak yang sama sekali tidak menyangka kehadiran pelakon filem itu sendiri, Kriti Sanon.

Kriti Sanon ialah seorang pelakon terkenal Bollywood yang membawakan watak ‘Ishita’ dalam filem Dilwale bersama legenda Bollywood Shahrukh Khan dan Kajol.

Menerusi laman Twitternya, pelakon berusia 25 tahun ini meluahkan rasa marah selepas ternampak seorang penumpang pesawat menonton filem Dilwale, yang masih lagi ditayangkan di pawangam.

Menurut Kriti, penumpang tersebut menonton filem itu dengan bantuan projektor.

Lebih menarik, walaupun penumpang berkenaan duduk di sebelah pelakon tersebut, dia tidak menyedari kehadirannya.

“Ada seorang penumpang dalam pesawat yang sedang menonton filem Dilwale, versi cetak rompak di hadapan saya dengan menggunakan telefon pintarnya! Marah !!

Kriti kemudian memuat naik gambar yang sama sambil berkata, “Sedih untuk melihat usaha keras orang lain ditonton dengan cara yang sebegini. Tolong tonton filem di pawagam.”

Susulan itu, rata-rata peminatnya menyokong kenyataan beliau dengan menyifatkan tindakan itu sungguh memalukan.
Malah, ada yang berpendapat bahawa setiap penonton harus menghormati usaha pelakon yang bekerja keras untuk mengejar impian mereka.

Penangan filem Dilwale mencetus fenomena apabila dinobatkan sebagai filem ‘pecah panggung’ selepas 10 hari ditayangkan.

Mencatat kutipan sebanyak AS$16.7, pasti filem ini sebuah karya yang menarik untuk ditonton.-AWANI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");