Jenayah

Cubaan seludup rokok dipatahkan

Alor Setar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kuala Kedah mematahkan cubaan menyeludup rokok tidak sah dari Langkawi dan menahan empat lelaki warga Myanmar kira-kira 2.4 Batu Nautika dari Pantai Kuala Kuar, semalam.

Ketua Penguat kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata, pihaknya mengesan dua bot kayu dalam keadaan mencurigakan sebelum mematahkan cubaan menyeludup itu.

Katanya, bot pertama dikesan pada 3.50 petang ketika dalam perjalanan ke Kuala Kedah dan pemeriksaan menemui dua remaja disyaki warga Myanmar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri berusia 16 dan 15 tahun.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bot itu menjumpai kira-kira 350 bungkusan rokok putih jenama John Merah Limited dan John Black dianggarkan bernilai RM37,086 dipercayai cuba diseludup masuk dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

“Bot berkenaan kemudian diiring ke Jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut rokok putih tanpa cukai kastam, manakala kerugian dianggarkan bernilai RM52,086,” katanya pada sidang media di Pejabat APMM di Kuala Kedah, hari ini.

Katanya, pihaknya kemudian menahan dua lagi bot kurang 30 minit selepas penahanan pertama di lokasi berhampiran dan pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat dua lelaki disyaki warga Myanmar berusia 49 dan 33 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri selain tidak memiliki lesen sah daripada Pejabat Perikanan.

“Kedua-dua lelaki terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen sah dan Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki lesen sah,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");