Membawang Hari Ini

Noh bergerak solo?

NAMA Noh Salleh dan kumpulan Hujan sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi.

Namun buat julung kalinya, Noh bakal beraksi secara solo menerusi lagu Angin Kencang di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30).

Pun begitu, vokalis Hujan ini tidak menganggap ia sebagai satu cabaran yang besar.

“Rasanya tiada beza pun sama ada saya beraksi secara berkumpulan ataupun solo, cuma kali ini saya jadi lebih relaks.

“Malah, konsep pada malam persembahan itu nanti masih lagi dalam peringkat perbincangan.

“Saya tak mahu persembahan itu nanti nampak terlalu berlebihan, sebaliknya saya hanya melakukan berdasarkan kesesuaian lagu itu yang sangat bersahaja,” katanya kepada Zass.

Sebelum ini, Noh punya pengalaman di anugerah berprestij itu bersama kumpulannya, Hujan menerusi lagu Aku Skandal (AJL24) dan kolaborasi dengan penyanyi berbakat, Aizat melalui lagu In Love With You (AJL28).

Pada masa sama, suami Mizz Nina ini mengakui terkejut kerana Angin Kencang berjaya ke peringkat akhir AJL30.

“Lagu ini merupakan projek ‘syok sendiri’ demi memenuhi kepuasan diri malah lagunya sangat bersahaja.

“Secara peribadinya, saya tak sangka ia diterima oleh juri tambahan pula lagu ini pula jarang-jarang diputarkan di radio-radio tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, itu bukan bermakna penyanyi berusia 31 tahun ini akan melakukannya secara sambil lewa di pentas berprestij itu kelak.

“Peminat sudah menghargai lagu saya sehingga ke peringkat ini, jadi saya perlu maksimumkannya sebaik mungkin.

“Saya bukanlah tidak serius tapi saya tak mahu terlalu berlebihan kerana saya takut kualiti lagu sebenar itu akan hilang.

“Dua perkara yang saya fikirkan, adakah saya perlu syok sendiri kerana kehangatan AJL atau saya tidak kisah dengan kehangatan AJL tetapi mementingkan kualiti lagu dan ikhlas dalam menyampaikannya kepada penonton,” katanya.

Mengulas mengenai persaingan, Noh mengakui lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret merupakan cabaran terbesar buatnya.

“Semua calon hebat-hebat dan mempunyai kekuatan tersendiri.

“Sebab itu juga, saya sangat bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini apatah lagi AJL kini mencecah tiga dekad.

“Tetapi, saya melihat kemampuan Akim The Majistret sangat bertenaga dan lagu Potret pula antara lagu yang saya suka dengar,” katanya sambil berharap ada peluang untuk memenangi AJL.

AJL30 bakal bersiaran secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam, pada 24 Januari ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");