Isu Panas

Pakatan Harapan meterai ikatan perjanjian Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) akan memeterai perjanjian bagi mengikat ketiga-tiga parti dalam satu kesatuan politik pada Sabtu ini.

Dalam kenyataan bersama dibacakan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyebut, perjanjian itu akan dimeterai pada Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam.

Perjanjian itu bakal membentuk dokumen Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang akan diumumkan di Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan menjelang Jun depan.

Perjanjian pakatan harapan mengandungi tujuh fasal utama mengenai prasyarat iaitu prinsip dan kaedah membuat keputusan; prinsip dan kaedah membina kesatuan politik antara parti; prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian antara parti.

Fasal lain ialah prinsip dan kaedah dalam membangunkan dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar bersama; prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan pilihan raya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi; prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan kerajaan pakatan harapan dan blok pembangkang serta prinsip dan kaedah menangani keadaan bila mana perjanjian itu dilanggari.

Kenyataan itu ditandatangani Dr Wan Azizah; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu. Dr Wan Azizah berkata, keputusan untuk menguatkan lagi persefahaman politik antara PKR, DAP dan PAN melalui sebuah perjanjian pakatan harapan lahir daripada keinsafan bahawa rakyat mahukan sebuah pakatan politik yang lebih bersatu padu dan utuh.

“Kami yakin pemeteraian perjanjian pakatan harapan ini adalah satu kemajuan besar yang melambangkan kematangan politik Keadilan (PKR), DAP dan Amanah (PAN) yang berjaya mengetepikan kepentingan politikkan masing-masing demi mencapai persetujuan ini.

“Di atas kekuatan kesatuan politik hasil daripada perjanjian pakatan harapan ini, kami akan memberi tumpuan seterusnya untuk membangunkan satu kerangka dasar yang jitu dan radikal ke arah mencari penyelesaian berkesan kepada masalah rakyat dan membina sebuah negara yang inklusif dan berdaya saing,” katanya pada sidang media selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Wisma Amanah, di sini, hari ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");