Jenayah

22 GRO dicekup dalam Ops Noda

KUALA LUMPUR: Seramai 22 gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan di sebuah premis hiburan di Jalan Kuchai Lama, di sini dalam operasi Ops Noda, awal pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, operasi pada jam 2.30 pagi itu dijalankan hasil maklumat dan risikan orang awam.

“Seramai 20 GRO daripada mereka adalah warga Vietnam dan selebihnya Indonesia.

“Polis turut menahan seorang lelaki merupakan pengurus premis selain turut merampas resit perniagaan dan wang tunai RM1,999,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen, Seksyen 55(1)(d) Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Dalam perkembangan lain, seramai empat tukang urut wanita warga Vietnam serta seorang penjaga premis ditahan dalam serbuan di sebuah pusat urut di kawasan Klang Sentral dalam Ops Noda, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, premis terbabit menawarkan urutan badan ke badan dan khidmat seks dengan harga berbeza mengikut pakej.

Operasi seawal jam 10 malam itu, turut menyerbu empat premis perjudian.

“Polis merampas 75 komputer riba dan menahan 10 individu,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");