Sukan Hari Ini

233 atlet Kedah persiap diri

Sintok: Seramai 233 atlet Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 kontinjen Kedah menjalani latihan pusat Fasa 1 di Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada 19 pasukan daripada 22 jenis sukan yang dijangka dipertandingkan di temasya sukan berkenaan di Sarawak pada Julai depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata, latihan itu sebagai penanda aras awal bahawa kerajaan negeri dan MSN Kedah amat serius dalam membentuk kontinjen terbaik bagi menghadapi SUKMA kali ini.

“Melalui latihan pusat ini, kami dapat memantau tahap kecergasan atlet dan komitmen pengurus, jurulatih dan persatuan dalam persiapan membentuk pasukan mantap menjelang temasya.

“Bagi memberi galakan kepada atlet, MSN menyediakan Skim Kecemerlangan iaitu RM500 diberi kepada atlet yang disasarkan emas, RM300 untuk atlet pelapis kebangsaan dan berpotensi meraih pingat serta RM100 atlet buatberpotensi dan masih bersekolah,” katanya.

Menurutnya, tidak semua atlet yang hadir dalam latihan itu dijamin terpilih mewakili negeri kerana kelayakan berdasarkan merit dan hanya yang terbaik akan dipilih bagi membawa harapan dua juta rakyat Kedah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");