Berita Hari Ini

AADK saran cuti khas bergaji untuk rawatan dadah

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dicadangkan meluluskan cuti khas bergaji kepada penjawat awam yang terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah bagi membolehkan mereka menjalani rawatan pemulihan dan kursus kesedaran.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Azizan Ariffin, berkata walaupun jumlah penjawat awam yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah di seluruh negara tidak sampai satu peratus, tetapi rawatan pemulihan perlu dilakukan.

Katanya, rawatan pemulihan ke atas penjawat awam yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah dicadangkan perlu dilakukan seminggu atau sebulan sekali bergantung kepada tahap penagihan.

“AADK sudah mengemukakan cadangan itu kepada JPA dan sedang menunggu kelulusan.

“Kita cadangkan supaya penjawat awam yang terbabit dengan penagihan diberi cuti khas bergaji sehari bagi membolehkan mereka menjalani rawatan pemulihan dan kursus kesedaran,” katanya ketika ditemui pada Program Jelajah AADK, di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A Latiff Awang.

Azizan berkata, rawatan pemulihan dadah dan kursus kesedaran perlu dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan penagih termasuk penjawat awam kembali terbabit dengan gejala berkenaan.

Katanya, penjawat awam yang terbabit dengan gejala itu menghadapi kesukaran untuk menjalani rawatan pemulihan dan kursus kesedaran berikutan gagal mendapat kelulusan cuti.

“Kita dapati penjawat awam yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ada keinginan untuk berhenti daripada menagih, tetapi kekangan mendapat kelulusan cuti menyebabkan mereka gagal hadir menjalani rawatan pemulihan serta kursus kesedaran,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");