Membawang Hari Ini

Afgan, Judika jaga suara menjelang Konsert 5 Divo

SHAH ALAM: Ada sesuatu yang membimbangkan penyanyi, Afgan dan Judika, berhubung pembabitan mereka dalam Konsert 5 Divo yang bakal berlangsung malam esok.

Dua bintang dari Indonesia ini berkongsi kegusaran sama, iaitu keadaan vokal mereka yang kurang memberangsangkan kerana kesihatan diri yang kurang baik.

“Beberapa hari lalu saya sakit dan ia memberi kesan kepada vokal saya. Hingga sekarang, saya masih lagi batuk-batuk. Harapnya, esok ia akan sembuh.

“Oleh itu saya kena banyak berehat dan jaga pemakanan,” kata Afgan ketika ditemui pada sesi latihan Konsert 5 Divo di Stadium Malawati, di sini.

Sementara itu, bagi memastikan vokalnya mantap dan bertenaga seperti sebelumnya, Judika mempunyai petua tersendiri untuk diamalkan.

“Disebabkan kurang rehat, tekak saya mengalami pendarahan sehingga doktor menyarankan saya berhenti menyanyi. Hampir sebulan saya berehat daripada menyanyi dan inilah persembahan besar pertama selepas berehat agak panjang.

“Selain berehat dan mendapatkan tidur yang cukup, iaitu 7 jam, saya juga akan kurangkan bercakap. Apabila kita banyak bercakap, ia akan lebih memudaratkan vokal kerana kita menggunakan nada yang pelbagai berbanding menyanyi yang mempunyai nada tertentu,” terang penyanyi yang cukup popular menerusi lagi Aku Yang Tersakiti ini.

Walaupun mengaku kurang sihat dan mengalami masalah suara, namun semangat kedua-duanya cukup kuat dan nyanyian mereka ketika sesi latihan masih mampu meremangkan bulu roma mereka yang mendengarnya.

Penyanyi lain yang turut menjayakan konsert anjuran LOL Entertainment ini ialah Hafiz Suip, Hazama dan bekas bintang Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");