Berita Hari Ini

Aliran trafik ke utara, selatan lancar – PLUS

KUALA LUMPUR: Aliran trafik ke utara dan selatan tanah air dilaporkan bergerak lancar setakat jam 9.20 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara dilapor hanya bergerak perlahan di Slim River ke Sungkai.

“Bagi Lebuhraya PLUS arah Selatan pula, trafik lancar setakat ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik dari arah Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan sekitar Plaza Tol karak ke Bentong Timur bergerak perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");