Sukan Hari Ini

Bangkit semangat pemain

Kuala Lumpur: Di sebalik kemenangan 2-0 Selangor ke atas pasukan Liga FAM, AirAsia tersimpan 1,000 cerita di bilik persalinan apabila pengendalinya Zainal Abidin Hassan (gambar) terpaksa membangkitkan semangat anak buahnya bagi mengesahkan tempat di pusingan ketiga Piala FA.

Dalam aksi berlangsung di Stadium Paroi itu, skuad Red Giants yang gagal membolosi gawang lawan selama sejam akhirnya menemui jaring tuan rumah menerusi Patrick Ronaldinho pada minit ke-69 dan Hadi Yahya (m-77).

Menurut Zainal, apa yang diperkatakannya dalam bilik persalinan pada waktu rehat menjadi kunci kepada kebangkitan pemainnya yang mahu menamatkan aksi dalam tempoh 90 minit tanpa diheret ke masa tambahan.

“Saya sedar ada pemain keletihan dan beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan kerana kecederaan. Cuma, pada babak pertama ada sedikit kelekaan dan kami tidak banyak cipta peluang.

“Jadi di bilik persalinan pada waktu rehat, saya beritahu pemain supaya segera mencari gol pertama.

“Saya pesan pemain jangan heret ke masa tambahan kerana kami ada banyak lagi perlawanan. Pagi Ahad sudah mahu bertolak ke Filipina, jadi penting untuk menamatkan aksi dalam masa sebenar.

“Syukur, mereka akhirnya melaksanakan tugas dengan baik. Namun, saya tidak menafikan AirAsia memberi tentangan hebat biarpun mereka berstatus pasukan Liga FAM,” katanya.

Selepas ini, Selangor akan berdepan kelab Filipina, Ceres La Salle FC di Manila bagi saingan Piala AFC, Selasa ini.

Mengulas kecederaan dialami beberapa pemain, bekas pengendali Tok Gajah itu tidak bimbang kerana mereka yang cedera mula menunjukkan perkembangan positif dan mampu diturunkan pada aksi berkenaan.

“Cuma Hazwan Bakri dan Fitri Shazwan sah tidak dapat ke Filipina kerana kecederaan belum pulih,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");