Sukan Hari Ini

Berkampung di tiga negara

Kuala Lumpur: Selepas rancangan untuk beraksi dalam Liga Perdana tahun ini gagal, skuad Projek Sukan SEA 2017 akan ‘berkampung’ di tiga negara dengan Jepun, Vietnam dan Australia menjadi destinasi pilihan jurulatih Frank Bernhardt sebagai persiapan membentuk pasukan itu.

Bernhardt, pengendali dari Jerman yang dilantik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tahun lalu membentangkan perancangan pasukannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bola Sepak antara FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Latihan pusat dan siri aksi persahabatan di Jepun pada Jun, Vietnam (November) dan Australia (Disember) dilihat langkah terbaik buat pasukan bawah 22 tahun itu selepas mereka tidak dapat dikumpulkan bersama sepanjang tahun ini berikutan masalah ikatan kontrak pemain dengan pasukan dan kelab masing-masing.

Bagaimanapun Bernhardt, 46, yang pernah mengendalikan skuad remaja Estonia sebelum ini berkata, rancangan yang diatur untuk anak buahnya bukan hanya membabitkan program di luar negara.

“Saya juga bercadang untuk mengatur perlawanan persahabatan dalam negara kerana kami mempunyai ruang berdasarkan tarikh kalendar FIFA tahun ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Bulan lalu, Bernhardt sudah memulakan tugas dengan memanggil hampir 50 pemain B-22 menjalani latihan pusat untuk dinilai.

Dalam latihan pusat itu juga, beliau menguji lima jurulatih tempatan P Maniam, Reduan Abdullah, Azlan Johar, Hassan Sazali Waras dan Aminuddin Hassan untuk menjadi pembantunya.

Hasil penilaiannya serta persetujuan bersama jawatankuasa itu, mereka melantik bekas pengendali Harimau Muda C dan Kuantan FA Aminuddin bagi jawatan itu sekali gus menutup spekulasi Bernhardt lebih berminat untuk membawa masuk jurulatih asing.

“Menerusi ujian pemilihan, beliau (Aminuddin) berjaya menarik minat saya malah beliau juga mempunyai pengalaman membimbing pemain muda sebelum ini,” jelas Bernhardt.

Selain Aminuddin, Bernhardt turut memilih bekas pemain kebangsaan Megat Amir Faisal Megat Ibrahim sebagai jurulatih penjaga gol manakala Institut Sukan Negara (ISN) akan bertanggung jawab melantik jurulatih kecergasan dan pegawai fisioterapi pasukan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");