Sukan Hari Ini

Biar Giggs Ganti Van Gaal – Ferdinand

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand menyokong Ryan Giggs yang juga bekas rakan pasukannya di Old Trafford untuk menggantikan kerusi panas yang bakal ditinggalkan Louis van Gaal.

Malah, Ferdinand berpendapat Giggs merupakan individu yang paling layak untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Kedudukan van Gaal sebagai pengurus United masih samar berikutan penyingkiran pasukan itu daripada saingan Liga Juara-Juara dan hanya memenangi tiga aksi liga dalam 12 perlawanan.

Prestasi tidak menentu itu menyebabkan United tergelincir ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris.

Ferdinand yang berkhidmat selama 12 tahun di Old Trafford berkata Giggs mampu mengembalikan zaman kegemilangan United.

Namun, pada masa sama, beliau tidak menolak bekas Pengurus Chelsea, Jose Mourinho sebagai calon alternatif untuk memulihkan prestasi pasukan tersebut.

“Jangka masa pendek, Mourinho kelihatan sesuai. Dia seorang yang cemerlang dan berjaya membuktikan kehebatannya.

“Namun untuk tempoh jangka masa panjang, saya menyokong Giggs kerana dia faham falsafah kelab dan mengetahuinya. Saya rasa fikir sebahagian besar, elemen belia perlu diberi perhatian. Belia akan menyertai Manchester United kerana tahu mereka akan mendapat peluang dan itu perlu diteruskan.

“Jadi sesiapa sahaja yang mengambil alih kelab itu, mereka perlu tahu elemen belia memainkan peranan yang besar,” katanya.-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");