Sukan Hari Ini

Bukan prestasi sebenar: Zainal

Shah Alam: Tewas tiga daripada lima aksi pramusim setakat ini langsung tidak mencetus panik di wajah pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan (gambar) apabila beliau tetap optimis anak buahnya akan bangkit pada aksi sebenar sebaik saingan Liga Super menyingkap jendelanya Sabtu ini.

Jika diimbas lima keputusan pemanas badan itu, skuad Red Giants sekadar melakar dua kemenangan ke atas Sarawak (2-0) dan Kuala Lumpur (2-1) sebelum tewas dalam semua baki tiga aksi selepas itu.

Bermula kekalahan di tangan Pulau Pinang dengan keputusan 0-1, juara Piala Malaysia itu tumpas dua perlawanan kepada kelab Thailand, Nakhon Pathom (0-2) dan Samut Songkhram (2-4).

“Saya jangkakan ada perubahan di bahagian pertahanan dan penyerang kerana ia posisi penting dan memerlukan pemain yang kekal fokus serta konsisten sepanjang perlawanan.

“Saya akan memberi peluang kepada satu atau dua pemain baru pada perlawanan bertemu Johor DT. Bagaimanapun, saya mahu barisan pemain Selangor bersedia dari segi mental dan fizikal, kerana dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

“Apapun, saya jangkakan perlawanan itu sengit kerana kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan menyerang yang menarik,” katanya pada Majlis Sesi Ramah Mesra Bersama Pemain Selangor di kedai sukan terkemuka, Al-Ikhsan di sini, semalam.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");