Jenayah

Didakwa jual batu delima palsu

Kluang: Dua tukang rumah warga negara Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 15 pertuduhan menipu dengan menjual batu delima palsu kepada 15 individu yang membabitkan kerugian bernilai RM291,900.

Tertuduh, Salim, 36 dan Ajiswar, 44, berasal dari Tanjung Pinang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistrert Nuruhuda Md Yusof.

Kedua-dua tertuduh didakwa atas pertuduhan menipu serta memperdaya 15 individu berbeza dengan menawarkan sebiji batu berwarna merah dengan meyakinkan kesemua mangsa bahawa ia adalah batu delima tulen hingga mendorong mereka menyerahkan wang tunai antara RM400 hingga RM75,000 walaupun tertuduh tahu ia adalah palsu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesemua perbuatan berkenaan di beberapa lokasi berbeza di sekitar Kluang dan Simpang Renggam, antara 2012 hingga awal tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan bagi setiap 15 pertuduhan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya,Norafiah Saini manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");