Berita Hari Ini

Gunalah koperasi agih MyBeras

Dengkil: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani disaran guna koperasi kariah masjid dan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) untuk untuk agih 20 kilogram (kg) beras percuma kepada keluarga miskin melalui program MyBeras.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata terdapat 750 operasi kariah masjid dan 320 KOBERA seluruh negara sekarang.

“Koperasi ini perlu dimanfaatkan kerana kedudukannya yang dekat dengan golongan penerima program MyBeras.

“Koperasi ini juga mempunyai satu sistem tersendiri yang membabitkan audit dalaman dan mesyuarat agung tahunan yang dapat mengelakkan berlakunya ketirisan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agong ahunan Koperasi Kariah Surau Al Hidayah (Kopsah), Taman Desa, Dengkil, di sini, hari ini.

Program MyBeras yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016.

Program berkenaan bertujuan mengurangkan beban hidup keluarga miskin susulan kenaikan kos sara hidup.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");