Jenayah

Hidu gam belakang bangunan

KUANTAN: Kemunculan sekumpulan remaja yang menjadikan belakang sebuah bangunan di Jalan Tun Ismail di sini sebagai port menghidu gam menimbulkan keresahan orang ramai dan peniaga.

Difahamkan, kesemua remaja berusia dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun itu terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu sejak setahun lalu.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Zul berkata, sejak kebelakangan ini kegiatan menghidu gam melibatkan remaja semakin menjadi-jadi di situ.

Katanya, setiap hari kelibat remaja berada dalam keadaan khayal akibat menghidu gam kelihatan di kawasan itu tanpa mengira waktu.

“Saya pernah menegur mereka tetapi teguran tidak diendahkan sebaliknya harta benda kita pula dirosakkan.

“Mereka lebih suka buat hal mereka sendiri tanpa mengendahkan orang di sekeliling tetapi jika ditegur mereka lain yang jadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan itu, semalam.

Zul berkata, masalah itu sudah diadukan kepada polis, namun sekumpulan remaja terbabit licik menyorokkan aktiviti mereka daripada dihidu pihak berkuasa.

“Saya kesal mereka terjebak dengan aktiviti menghisap gam yang merosakkan, sedangkan semuanya masih bersekolah.

“Sepatutnya dalam usia sebegini mereka berada di bawah kawalan keluarga, bukannya dibiarkan melepak melakukan aktiviti tidak berfaedah,” katanya.

Dia berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kumpulan remaja terbabit bijak mengaburi mata pihak berkuasa.

“saya lihat mereka tidak membuang sisa atau plastik gam di kawasan tersebut sebaliknya menyimpan dalam beg atau poket seluar selepas melepaskan gian,” katanya.

Sementara itu, Aina, 35, memberitahu perkara sama dan individu yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat itu terdiri daripada pelajar sekolah.

“Hari-hari mereka melakukan perkara ini dan semuanya mereka adalah bawah umur serta sekolah,” katanya.

Menurutnya, kadang kala kesemua pelajar terbabit juga menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat melepak dan tidur.

Katanya, pihak berkuasa diminta supaya lebih kerap mengadakan rondaan di kawasan tersebut bagi membanteras gejala tidak sihat itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");