Panasnya Hari Ini

Isu MB Kedah: Najib Tidak Dapat Sokongan Penuh ADUN BN Kedah

Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendapat sokongan penuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk menyingkirkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mahfuz berkata, ini kerana, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah memanggil kesemua ADUN pembangkang menghadap selepas kesemua 20 ADUN BN termasuk Mukhriz menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, semalam.

“Logiknya, jika Jemaah Pemangku Sultan Kedah mendapat perakuan 19 ADUN BN tidak lagi percaya pada Mukhriz, tidak ada lagi keperluan untuk memanggil ADUN pembangkang kerana 19 ADUN sudah cukup untuk menggugurkan Mukhriz,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambah Mahfuz lagi, beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan Jemaah Pemangku Sultan Kedah memanggil adun pembangkang adalah bertindak untuk mengekalkan jawatan yang dipegang Mukhriz, ianya bergantung kepada pihak pembangkang.

“Adakah ini bermakna harapan hanya ada pada pembangkang untuk kekalkan Mukhriz sebagai MB dan tewaskan Najib pada petang hari ini?

“Walaupun jumlahnya sama banyak, 18-18, tiada masalah untuk kerajaan ini kekal dengan Mukhriz sebagai MB asalkan Najib dan kuncunya kalah.
Menghalang Mukhriz disingkir bermakna menewaskan Najib.

“Jika ini berlaku, pastinya bilangan menjadi pembangkang 15, Mukhriz 2 dan Najib 19 dan Kedah akan mendapat kerajaan tandas kerana seperti yang saya katakan, kertas akuan bersumpah yang ditandatangan oleh ADUN BN nilainya sama seperti kertas tandas mencuci najis.

“Kerajaan baru nanti adalah kerajaan yang busuk. Ini sangat memalukan dan merupakan penghinaan kepada Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah serta rakyat di negeri ini,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");