Perak Hari Ini

Kereta Bertembung, 5 Cedera

TAPAH: 5 mangsa mengalami kecederaan ringan setelah kenderaan dinaiki mangsa terbabas lalu bertembung sebuah kenderaan lain pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak kejadian berlaku di simpang Chenderiang menghala ke jalan Temoh Tapah.

Tambah sumber panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 8.44 pagi tadi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan,” katanya.

Ujarnya lagi, akibat kejadian itu salah satu kereta yang terlibat mengalami kebakaran kecil pada bahagian hadapan kereta.

“Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” kata sumber lagi.

Kebakaran tersebut juga berjaya dipadamkan oleh orang awam.

Pihak anggota penyelamat yang hadir ke lokasi kejadian turut bertindak membuat pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa yang mengalami kecederaan dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi tamat sekitar jam 9.07 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");