Sukan Hari Ini

Kontrak berbeza

Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei belum membuat keputusan sama ada akan menyertai Program Podium kendalian Institut Sukan Negara (ISN).

Menurut bekas pemain nombor satu dunia itu, dia masih perlu mengambil kira banyak perkara sebelum menyertai program itu, termasuk isu penajaan.

Dia berharap, ISN dapat memberikan ruang kepadanya untuk meneliti kontrak diberikan susulan komitmennya terhadap penaja.

“Saya masih belum dapat memberi kata putus buat masa ini. Kontrak saya amat sukar kerana berbeza dengan pemain lain,” katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Jelasnya, dia tidak pasti sama ada boleh menandatangani kontrak dengan ISN tetapi berharap institut itu memahami ikatannya bersama penaja.

Program Podium itu diwujudkan dengan matlamat utama merangkul pingat emas negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020, selain sasaran menamatkan saingan dalam kelompok 10 negara terbaik bagi Sukan Asia 2018.

Badminton antara sukan yang terpilih selain memanah, berbasikal, terjun, karate, sepak takraw serta boling padang.

Di samping Chong Wei, pemain lain turut tersenarai dalam program itu ialah Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei (beregu wanita).

Dalam pada itu Chong Wei menyambut baik kehadiran Indra Wijaya selaku jurulatih perseorangan lelaki negara dan mengakui pengalaman melatih skuad Korea Selatan akan digunakan sebaik mungkin bekas badminton Indonesia itu.

“Saya harap beliau dapat membawa pemain pelapis kita dengan baik dan memberikan kejayaan kepada skuad negara. Beliau juga boleh berkongsi idea dalam membantu saya mengharungi saingan musim ini.

“Setiap jurulatih mempunyai cara mereka sendiri. Jadi harap beliau boleh membantu saya bersama Hendrawan dan Tey Seu Bock bagi menghadapi Sukan Olimpik Rio 2016,” katanya.

Indra yang tiba di Malaysia kelmarin, tidak berlengah dan memulakan tugas pada hari pertama di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");