Sukan Hari Ini

Konvoi semarakkan sokongan terhadap JDT

JOHOR BAHRU: Lebih 100 kenderaan, termasuk kereta mewah menyertai Konvoi Jelajah Gabungan Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menyemarakkan semangat penyokong pasukan JDT, khususnya di luar bandar.

Pelepasan konvoi selama dua hari itu disempurnakan oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim merangkap Presiden Johor Motorsports Club (JMC), di hadapan Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini, sebentar tadi.

Konvoi berkenaan akan merentasi semua daerah di negeri ini membabitkan penjelajahan sejauh 886 kilometer dan berakhir di Dataran Bandaraya Johor Bahru, esok.

Konvoi Kembara Jelajah JDT itu anjuran kerajaan Johor dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri, Pusat Pembangunan Belia Johor dan Kelab Kereta Harimau Selatan (KKHS).

Pengerusi KKHS, Mohamed Amer Fadhullah Hashim, berkata kembara yang julung kali diadakan itu akan merentasi 10 daerah dalam usaha menghangatkan demam Liga Malaysia 2016, yang bakal membuka tirai tidak lama lagi.

Katanya, konvoi itu disertai 27 kelab penyokong pasukan berkenaan itu di bawah Gabungan Kelab-kelab Penyokong Johor (JCSC).

“Menerusi program ini, kami mengharapkan penyokong terus bersemangat untuk hadir menyaksikan perlawanan dan memenuhi stadium pada setiap aksi membabitkan pasukan Harimau Selatan,” katanya.-nst

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");