Panasnya Hari Ini

Lantikan Haron Din Satu Protokol Yang Tidak Kena- Husam

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan pelantikan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) sebagai satu penghinaan kepada parti Islam itu.

Memetik The Malaysian Insider, PAS katanya perlu menolak keputusan pelantikan tersebut yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tambahnya pelantikan itu tidak tidak bersesuaian berikutan Haron mengalas tugas jawatan paling tinggi dalam PAS tetapi diibaratkan seperti duduk di bawah Presiden UMNO.

“Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah Presiden UMNO.

“Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tinggi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah Timbalan Perdana Menteri sahaja,” katanya semasa menyampaikan ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan, malam tadi.

Difahamkan beliau juga mendesak PAS membuat keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");