Berita Hari Ini

LHDN Ringankan Denda Kepada Pengelak Cukai

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan meringankan hukuman bagi menggalakkan pengelak cukai untuk membuat pembayaran segera.

Seorang jurucakap LHDN berkata, pengurangan penalti juga akan ditawarkan kepada mereka yang tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan serta pemberian pengecualian kenaikan cukai bagi kes penyelesaian awal tunggakan cukai.

“Butiran lanjut akan dimasukkan dalam garis panduan mengenainya,” katanya.

Garis panduan berkenaan dijangka diumumkan minggu ini.

Selain itu jurucakap berkenaan berkata, “tawaran” mengenainya bergantung kepada merit setiap kes.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan dalam ucapan penyelarasan Bajet 2016 baru-baru ini bahawa kerajaan akan menggandakan pematuhan dan pengauditan usaha pengelak cukai untuk meningkatkan kecekapan dan meningkatkan kutipan cukai.

Beliau juga berkata, kerajaan akan memberi pertimbangan khas termasuk kelonggaran penalti untuk menggalakkan pembayar cukai tampil ke hadapan dan mengisytiharkan pendapatan mereka sebelum ini.

Tunggakan cukai hendaklah dijelaskan pada akhir tahun ini.

Tahun lepas, LHDN mengumumkan pengurangan penalti kepada pengelak cukai yang tampil antara Mei dan 30 November.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, kerajaan sedang mengkaji mekanisme “menang-menang” mengenai isu tunggakan cukai.

Beliau berkata penalti cukai biasa boleh mencecah sehingga 300 peratus.

Chua berharap lebih ramai akan mengambil peluang ini dan mengisytiharkan pendapatan mereka.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");