Berita Hari Ini

Malaysia buka ‘pintu’ perdagangan kepada Pakistan

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menggesa dewan perniagaan mengadakan misi perdagangan ke Pakistan untuk memperkenalkan produk Malaysia dengan lebih intensif.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, ia selaras dengan hasrat Pakistan yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai ‘pintu masuk’ ke pasaran Asean.

“Mereka melihat negara kita paling sesuai untuk menembusi rantau Asean dengan jumlah penduduk 625 juta.

“Dengan itu, Matrade menggalakkan syarikat tempatan merebut peluang dan memanfaatkan kelebihan daripada hubungan perdagangan ini,” katanya semasa Ekspo Pakistan 2016, kelmarin.

Selain itu, Pakistan mampu menawar akses kepada pasaran Persatuan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC).

Katanya, dewan perniagaan seperti Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur harus merebut peluang keemasan itu dengan pasaran lebih luas.

“Antara sektor berpotensi ialah produk halal, produk berkaitan animasi serta teknologi komunikasi dan maklumat. “Pakistan merupakan rakan niaga penting kerana ia negara pertama di Asia Selatan mempunyai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia,” katanya,
Beliau berkata, dengan adanya FTA itu, perdagangan sehala dua negara akan terus meningkat.

Tahun lalu, eksport Malaysia ke Pakistan berjumlah ASD1.1 bilion (RM4.1 bilion), turun 12.9 peratus berbanding 2014, manakala import dari Pakistan pula pada ASD229.9 juta (RM891.3 juta), meningkat 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");