Berita Hari Ini

Malaysia Salur Bantuan Kepada 1,000 Kanak-Kanak, Wanita Pelarian Syria

PUTRAJAYA: Malaysia telah memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di Perkampungan Shebaa yang terletak hampir 150 km dari Beirut di kawasan pergunungan yang terpencil di tenggara Lubnan.

Perkampungan tersebut juga berhampiran dengan sempadan Syria dan Ladang Shebaa yang diduduki oleh Israel.

Menurut Ketua Pusat Pembangunan Sosial Shebaa, Mohammad al-Saadi berkata, Malaysia adalah negara pertama yang telah menyalurkan bantuan secara terus kepada pelarian di perkampungan tersebut.

Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Bala Chandran Tharman dan isteri telah mengedarkan 1,000 bungkusan pakaian musim sejuk untuk kanak-kanak dan wanita pelarian di perkampungan tersebut pada 11 Februari 2016.

Keseluruhan bungkusan berharga AS$28,500.00 (RM 125,682.15) dan setiap satunya mengandungi baju tebal, seluar, skarf, jaket, stokin dan selimut.

Memandangkan kekurangan bekalan berhampiran kawasan tersebut, Kedutaan Besar Malaysia membeli barangan tersebut di Bandar Tyre di barat daya Lubnan dan membawanya ke Shebaa di tenggara Lubnan, sejauh 100 km melalui jalan pergunungan.

“Oleh kerana Lubnan mengalami musim sejuk yang agak teruk, maka adalah penting bagi memastikan golongan pelarian yang paling terdedah iaitu kanak-kanak dan wanita, diberikan bantuan walaupun berada di kawasan terpencil dan berbahaya agar bantuan Malaysia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesengsaran mereka,” menurut Mohammad al-Saadi.

Penyaluran bantuan kemanusian Malaysia di Perkampungan Shebaa adalah salah satu misi bantuan yang diusahakan Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan untuk pelarian Syria di persempadanan utara dan timur Lubnan dengan Syria.
Ia hasil inisiatif isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, selaku penaung Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia atau Global Childrens Wellbeing Fund (GCWF) dan Presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti).

Kedua-dua badan kebajikan tersebut telah menyumbangkan AS$360,000 untuk diagih-agihkan kepada pelarian Syria di Lubnan, iaitu AS$300,000 sumbangan GCWF dan AS$60,000 sumbangan Bakti.

Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada USD600,000.00 (RM 2.7 juta) yang disalurkan oleh kedua-dua badan tersebut kepada pelarian Syria di Jordan dan juga Lubnan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");