Jenayah

Mayat lelaki hampir reput ditemui dalam parit

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang minggu lepas, ditemui mati dengan mayatnya sudah reput dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Ooi Kar Seng, di sini hari ini.

Mayat L.Palani, 30, ditemui pemilik kebun kelapa sawit itu pada pukul 10 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

Jurucakap polis berkata berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah mati sejak beberapa hari lepas sebelum ditemui.

“Identiti lelaki itu dikenal pasti berdasarkan kad pengenalan yang ditemui bersama mayatnya. Polis juga telah memaklumkan kepada anggota keluarga mangsa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya polis ada menerima laporan daripada anggota keluarga mangsa berhubung kehilangan lelaki itu pada minggu lepas.

“Berdasarkan keterangan anggota keluarganya, mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan dan dia juga sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");