Isu Panas

Menangi hati pengundi

ALOR SETAR – BN hilang sedikit kepercayaan kaum Cina apabila beberapa kerusi dimenangi pembangkang dalam PRU13.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berjanji untuk menambat semula hati pengundi Cina sebagai persediaan menghadapi PRU14.

Beliau akan berusaha ke arah itu sejajar dengan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar BN dapat menarik kembali kepercayaan masyarakat itu.

“Saya amat berharap rakan dalam parti komponen memainkan peranan dalam meyakinkan pengundi kita terutama kaum Cina agar tidak berpaling tadah kepada pembangkang.

“Jika hendak menjadi negara maju dan mewujudkan negara penuh kasih sayang untuk generasi akan datang, hanya BN yang mampu merealisasikannya,” katanya selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina parti Gerakan Kedah di sini kelmarin.

Turut serta, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah Soon Hai yang juga Pengerusi Gerakan Kedah.

Menurutnya, BN tidak pernah kalah untuk membawa perpaduan dan pembangunan kepada rakyat Malaysia sejak 13 piihan raya umum yang lalu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");