Jenayah

Mohon garisan berkembar, papan tanda

MUAR: Ketiadaan garisan berkembar selepas persimpangan lampu isyarat di Kilometer 4 Jalan Bakri-Muar berhampiran stesen minyak menyebabkan laluan berkenaan sering berlaku kemalangan.

Penduduk, Nur Aliah Zahara Amir, 23, berkata, ia menyebabkan kekeliruan kerana lorong pemanduan akan berubah selepas lampu isyarat dan ketiadaan garisan berkembar membahayakan pemandu.

“Saya sering keliru ketika melalui laluan itu sama ada dari Bakri menuju ke bandar atau sebaliknya.

“Selepas lampu isyarat lorong akan dibuka sedikit, tetapi ketiadaan garisan putih di lorong tersebut sering mengelirukan saya untuk mengenal pasti lorong pemanduan yang betul,” katanya.

Manakala Nasir Kasiman, 57, pula berkata, kawasan tersebut kerap berlaku kemalangan kerana kesilapan pemandu memasuki lorong bertentangan.

“Ia lebih berbahaya terutama bagi penunggang motosikal,” katanya.

Bagi mengatasi masalah itu katanya, pihak berkuasa perlu membuat garisan berkembar dan memasang papan tanda membelok ke kanan untuk memperlahankan kenderaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");