Sukan Hari Ini

MUFC boleh jadi juara

PENGURUS Manchester United, Louis Van Gaal percaya dengan peluang pasukannya untuk bergelar juara EPL.

Menurut Van Gaal, pemainnya mampu menghidupkan peluang itu sekiranya berjaya mengalahkan Chelsea di Stamford Bridge (tengah malam ini waktu Malaysia).

Setakat semalam, United berada di kedudukan kelima liga ketinggalan 10 mata daripada Leicester City yang menghuni tangga teratas EPL dengan 50 mata.

Secara matematiknya, peluang United bergelar juara masih belum tertutup namun, mengejar pasukan di tangga teratas liga bukan satu tugas yang mudah.

“Gerak hati saya mengatakan kami mampu kembali ke landasan yang tepat untuk merebut gelaran juara, jika kami berjaya kalahkan Chelsea.

“Apa pun, saya akui ia bukan satu tugas mudah. Chelsea tidak pernah kalah sejak dilatih Guus Hiddink,” katanya.

United berkunjung ke Stamford Bridge malam ini berbekalkan tonik kemenangan 3-0 ketika menentang Stoke City, Rabu lalu.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");