Sukan Hari Ini

Nnake sudah bersedia galas cabaran

PENYERANG import baharu Sabah, Prince Tochukwu Nnake berikrar untuk memberikan aksi terbaik buat pasukan itu sepanjang aksi Liga Perdana 2016 yang membuka tirainya, Jumaat ini.

Pemain dari Nigeria itu berkata, dia sudah bersedia menggalas peranannya dan berjanji untuk membantu skuad Badak menang dalam setiap perlawanan.

“Setiap penyerang sudah tentu mahu menyumbat lebih banyak gol. Tetapi, jika saya tidak berada dalam kedudukan baik untuk menjaringkan gol, saya lebih suka membuat hantaran supaya orang lain dapat menyempurnakannya.

“Bagi saya, kemenangan pasukan itu lebih penting berbanding kemenangan individu,” kata penyerang berusia 26 tahun itu.

Sementara itu penolong pengurus Sabah, Hassan Sani menganggap tempoh tiga hari sebelum sepak mula Liga Perdana adalah detik paling kritikal buat jentera serangannya menajamkan penyudah.

“Sepanjang aksi pra musim, pasukan ini menunjukkan kematangan dan persefahaman tinggi dan saya puas hati komitmen ditunjukkan kesemua pemain,” katanya.

Sabah bakal berdepan UiTM FC aksi pertama liga di Shah Alam, Jumaat ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");