Sukan Hari Ini

Paris mahu anjur Sukan Olimpik 2024

Paris, Perancis. – Foto REUTERS PARIS: Monumen terkenal di bandar ini, Arc De Triomphe dimeriahkan dengan pancaran sebagai usaha untuk membida status tuan rumah Sukan Olimpik 2024.

Imej warna warni Menara Eiffel, dihiasi perkataan ‘Paris’, calon bandar Sukan Olimpik 2024, dipancarkan ke arah Arc De Triomphe. Perkara sama turut dilakukan di Marseille.

Pelancaran logo itu sebagai tanda permulaan kempen Perancis untuk membawa temasya itu ke Paris.

Paris Paris kali terakhir menjadi tuan rumah pada 1900 dan 1924 dan kini akan bersaing dengan Budapest, Hamburg, Los Angeles dan Rom untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan.

Keputusan pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik 2024 akan ditentukan pada 13 September 2017 di Lima, Peru. Paris sebelum ini tewas kepada kota raya London untuk Sukan Olimpik 2012.

Jawatankuasa bidaan dipengerusikan oleh bekas supremo ragbi Perancis, Bernard Lapasset dan pemenang trebel kenu di Olimpik, Tony Estanguet. – AFP/Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");