Berita Hari Ini

Pasca banjir: Melaka laksana inisiatif cegah penyakit

MELAKA – Jabatan Kesihatan Melaka akan melaksanakan inisiatif pencegahan penyakit pasca banjir di kawasan terjejas banjir dan pusat pemindahan terlibat bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr Ghazali Othman berkata, aktiviti pencegahan berkenaan melibatkan pemeriksaan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan racun larva nyamuk dan semburan disinfeksi.

Beliau berkata pelaksanaan secara berperingkat itu bertujuan mengelak penyakit demam denggi, demam kepialu, kolera serta penyakit bawaan air, tikus dan lalat.

Bagaimanapun, penduduk diminta membersihkan rumah mereka bagi memudah dan melancarkan aktiviti pencegahan penyakit dilakukan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Banjir di Melaka semakin pulih apabila hanya satu sahaja pusat pemindahan masih dibuka sehingga 8 pagi ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Alor Gajah yang menempatkan 90 mangsa daripada 23 keluarga.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");