Jenayah

Pelancong Korea cedera diragut

Kuala Lumpur: Seorang pelancong Korea berusia 29 tahun cedera selepas beg tangannya cuba diragut dua lelaki di Jalan Raja Chulan, di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang, wanita terbabit bersama seorang rakan bersiar-siar di kawasan berkenaan.

Katanya, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal dari arah belakang.

“Secara tiba-tiba pembonceng motosikal terbabit menarik beg tangan mangsa. Bagaimanapun, mangsa memegangnya dengan kemas menyebabkan dia diseret sebelum motosikal terbabit jatuh.

“Orang awam yang menyedari kejadian turut cuba menangkap dua suspek berkenaan dan menyebabkan berlaku pergelutan. Namun, suspek sempat melarikan diri meninggalkan motosikal,” katanya.

Menurut sumber, mangsa yang cedera di paha kiri tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, polis mengenal pasti pemilik motosikal yang ditinggalkan suspek berkenaan.

“Susulan itu, empat lelaki ditahan di sekitar Dang Wangi malam semalam (kelmarin) bersama beberapa keping mata wang tempatan dan asing pelbagai negara dipercayai hasil kegiatan ragut,” katanya.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");