Sukan Hari Ini

Pelumba tak sabar berentap

Kuantan: Empat belas pelumba basikal Pahang sedia menyahut cabaran biarpun sedar saingan getir akan dihadapi pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Julai ini.

Lapan pelumba wanita dan enam pelumba lelaki yang sebahagian besarnya baru kali pertama menyertai temasya sukan itu dipercayai mampu memikul tanggungjawab itu.

Jurulatih Aim Fauzi berkata, sasaran skuad pada temasya sukan itu kali ini adalah untuk mengatasi pencapaian satu pingat tiga perak dan dua gangsa yang diraih pada SUKMA Perlis 2014.

Katanya, tumpuan utama ke Sarawak adalah kepada acara basikal bukit yang dilihat berpotensi untuk meraih pingat dan sandaran itu diletakkan kepada Siti Aishah Alias yang juga atlet kebangsaan.

“Tapi, saya percaya pelumba lain juga mampu melakar kejayaan jika mereka berada pada tahap terbaik sekali gus memperbaiki pungutan pingat yang diraih di Perlis dua tahun lalu,” katanya.

Pada SUKMA kali ini, barisan pelumba yang mewakili Pahang adalah atlet yang berumur antara 16 hingga 21 tahun dari Kuantan, Jerantut, Raub, Maran dan Rompin.-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");