Panasnya Hari Ini

Pembunuhan Altantuya : Sirul Dedah Lima Nama

Foto: MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Lima nama didedahkan yang didakwa mencuba merasuah dan memujuk bekas komando polis, Sirul Azhar Umar bagi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun sumber portal berita MalaysiaKini tidak akan mendedahkan identiti pihak terbabit dalam masa terdekat.

Sumber tersebut turut memberitahu portal berita tersebut, individu tersebut adalah daripada parti pemerintah dan juga pembangkang.
“Saya tidak boleh memberitahu anda siapa mereka (buat masa ini) tetapi beberapa nama-nama besar telah disebut.

“Sesetengah daripada mereka (didakwa) mendekati Sirul secara langsung ketika orang lain cuba berhubung dengannya melalui pembantu atau wakil mereka,”kata sumber, memetik laporan MalaysiaKini.

Menurut sumber itu lagi, video berkaitan pendedahan tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Terdahulu, satu klip video yang berdurasi 2.51 minit, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya bahawa terdapat pihak tertentu yang cuba menggunakan beliau bagi menjatuhkan serta memfitnah seorang individu yang tidak dinamakan.

Walaupun individu tersebut tidak dinyatakan secara jelas, ianya ternyata merujuk kepada Perdana Menteri.

Dalam video kedua pula, Sirul menafikan laporan media bahawa seorang ‘wanita’ yang tidak dinamakan dibunuh ketika sedang hamil.

Terdahulu, Sirul telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan atas tuduhan membunuh Altantuya namun beliau berjaya melarikan diri ke Australia.

Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney atas kesalahan imigresen dan beliau sedang cuba mendapatkan ‘visa perlindungan’ untuk membolehkan beliau bebas di Australia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");