Sukan Hari Ini

Penyokong Liverpool ‘pamer kuasa’

Liverpool, England: Liverpool melupakan insiden 10,000 penyokong membantah keluar dari Anfield kelmarin ketika Sunderland bangkit mengikat mereka 2-2 pada aksi Liga Perdana.

Pada hari yang menyaksikan jurulatih Juergen Klopp tidak menghadiri perlawanan itu kerana pembedahan apendiks, Liverpool lebih kecewa apabila mensia-siakan pendahuluan dua gol selepas sekitar suku daripada 44,000 penyokong dalam stadium itu keluar berikutan pertikaian mengenai harga tiket.

Suasana dramatik itu berlaku selepas 77 minit kerana penyokong membantah mengenai struktur harga baru di kelab itu sebaik pembinaan Main Stand disiapkan.

Harga tiket paling mahal adalah £77 (RM464).

“Pemain tidak terjejas (insiden bantahan penyokong),” tegas jurulatih pembangunan Liverpool Pepijn Lijnders yang berdepan media berikutan ketiadaan Klopp.

“Kami memiliki antara penyokong terbaik di dunia dan seluruh dunia. Jika mereka mahu menyatakan sesuatu mereka berhak melakukannya.

“Ia mengubah suasana dalam stadium tapi tidak bagi kalangan pemain.”

Reds dilihat akan mencatat kemenangan selepas gol babak kedua daripada Roberto Firmino dan Adam Lallana, namun Sunderland bangkit menerusi Adam Johnson dan Jermain Defoe yang mengejutkan Anfield dalam tempoh lapan minit terakhir. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");