Perak Hari Ini

Perak Menentang Kelantan Seri Tanpa Jaringan

IPOH: Perlawanan sepak mula Liga Super malam tadi menyaksikan perlawanan diantara pasukan Perak dan Kelantan seri tanpa jaringan.

Sepanjang perlawanan berlangsung, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi-aksi menarik dan mendebarkan apabila berusaha untuk menyumbat gol sulung bagi pasukan masing-masing.

1

Dengan ditonton hampir 21,000 penyokong di Stadium Perak, perlawanan tersebut ternyata mendebarkan apabila aksi-aksi hebat yang ditunjukkan oleh setiap pemain di hadapan gol lawan.

Ketiadaan kapten pasukan The Bos Gaurus, Mohd Nasir Basharuddin dan juga pakar sepakan percuma, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan ternyata menjejaskan rentak permainan pasukan tersebut.

Skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) hampir berjaya menjaringkan gol pada minit ke 63, namun, jaringan berkenaan tidak dikira berikutan ‘off side’.

4

Pasukan berkenaan juga hampir berjaya beberapa kali memerangkap pasukan tuan rumah menerusi beberapa percubaan ke gawang gol pihak lawan namun berjaya ditepis oleh penjaga gol pasukan Perak, Muhd Hafizul Hakim.

Meskipun diasak oleh PQPTRW, namun Hafizul tenang untuk menepis sekurang-kurangnya dua percubaan tepat daripada pasukan berkenaan melalui sepakan percuma.

5j

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi yang menarik serta lincah di padang dan kini masing-masing berjaya mengutip satu mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");