Membawang Hari Ini

Pertaruh elemen rock Jepun

Berpaksikan genre rock, Temjin yang dianggotai Syuk selaku vokalis, Adam (gitar) dan Adzim (bass) berharap muzik J-Rock yang dibawa disukai ramai.

Tampil dengan single berjudul Gua Suka Lu, Adzim berkata, biasanya lagu rock tempatan menampilkan lirik yang teratur.

Namun, bagi mendekati generasi muda mreka menggunakan bahasa yang sering diguna pakai dalam kehidupan seharian dalam lirik single berkenaan.

“Lirik lagu ini santai dan mudah difahami pencinta muzik masa kini. Fokus kami adalah generasi muda dan kenalah guna lirik yang dekat dengan mereka.

“Saya harap gua Suka Lu dapat diterima pendengar. Syukur, apabila diputarkan di radio sejak sebulan lalu, ramai suka dan beri maklum balas positif,” katanya.

Mengulas nama Temjin yang kedengaran unik, Adzim berkata, ia adalah nama karakter permainan video kegemaran mereka.

“Semangat jati diri yang ada dalam karakter Temjin buat kami sepakat memilih nama ini.

“Lagipun pada awal penubuhan band ini iaitu pada 2009, kami sangat meminati muzik Japan Rock atau J-Rock.

“Nama Temjin sesuai dengan genre muzik yang kami bawa. Malah, sehingga hari ini elemen J-Rock masih dikekalkan dalam setiap lagu kami,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");