Berita Hari Ini

Peruntukan kementerian dipotong jika tidak berhemat

IPOH – Semua kementerian perlu lebih berhemat dalam melaksanakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan masing-masing atau berhadapan dengan pemotongan peruntukan tahun depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ia sejajar langkah pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan baru-baru ini dan kementeriannya memantau perbelanjaan setiap kementerian secara menyeluruh.

“Jika ada yang kita tengok gagal mematuhi apa yang telah ditetapkan, maka tahun depan kita akan kurangkan peruntukan kementerian itu tahun depan.

“Bila kita (Kementerian Kewangan) minta mereka (kementerian lain) kawal perbelanjaan bermakna itulah juga yang kita kena buat, ” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Komuniti Desa Tambun.

Ahmad Husni menambah, arahan berbelanja secara berhemah itu sudah dimaklumkan kepada setiap kementerian malah pihaknya sedang melakukan pemantauan penuh.

“Sebelum ini KPI kita berteraskan kepada konsep input, sebagai contoh jika kita beri kementerian itu RM1 bilion, maka berbelanja RM1 bilion dan capai 100 peratus.

“Sekarang pemantauan berdasarkan kepada prestasi, jika perbelanjaan RM1 bilion tadi mampu buat 100 perkara misalnya, namun kali ini perbelanjaan hanya RM900 juta, maknanya prestasinya tinggi dan inilah yang kita mahukan,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat agar bersama-sama menggemblengkan tenaga bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi dunia moden paling mencabar kini.

“Sekarang ini adalah krisis ekonomi dunia paling teruk pernah berlaku dalam zaman moden jika dibandingkan pada 1930an dulu.

“Tidak ada yang akan terselamat secara sendirian, jadi rakyat perlu bersama-sama kerajaan saling bantu membantu sebagaimana kita menghadapi beberapa krisis ekonomi sebelum ini,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");