Jenayah

Petaka di karnival

Batu Pahat: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) cedera di rahang dan retak paha kanannya selepas terjatuh dari gelongsor angin setinggi hampir 10 meter di sebuah tapak karnival di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa, Muhammad Noriman Sulaiman, 17, bersama 51 pelajar lain berada di tapak karnival itu di bawah kelolaan 11 guru mereka dari Sekolah Pendidikan Khas Datin Onn Jaafar, Batu Pahat.

Bagaimanapun, Muhammad Noriman dan tiga lagi rakannya dikatakan terjatuh dari atas gelongsor angin berkenaan berikutan keadaan peralatan itu yang dikatakan kurang udara.

Akibat kejadian itu, Muhammad Noriman mengalami kecederaan pada mulut dan paha, manakala tiga rakannya cedera ringan.

Menurut ibunya, Zaharah Harun, 47, ketika kejadian, dia berada di rumahnya di Yong Peng dan mengetahui kemalangan itu selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah sekitar jam 9.30 pagi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");