Sukan Hari Ini

Piala Europa jadi keutamaan Man United

PENGENDALI Manchester United Louis van Gaal mengakui terpaksa memenangi Piala Europa bagi melayakkan mereka bermain dalam Liga Juara-Juara musim hadapan, lapor Goal.com.

Kata jurulatih kelahiran Belanda itu, peluang untuk United berada dalam kelompok empat terbaik sehingga akhir musim ini dilihat sukar.

Terbaharu The Red Devils kalah kepada Sunderland 1-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Keputusan itu menyaksikan United ketinggalan enam mata di belakang Manchester City yang berada di kedudukan keempat dengan City memiliki kelebihan perlawanan dalam tangan.

“Ia amat sukar sekarang. Kami telah melepaskan lima mata mudah dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Kami perlu menang perlawanan dengan Sunderland tapi kami tidak berjaya dan perlu menyalahkan diri kami sendiri kerana kekalahan ini. Sunderland lebih agresif,”katanya.

Menurutnya, Piala Europa merupakan jalan terbaik dimiliki United, namun mengakui perlu berhadapan dengan banyak pasukan hebat sebelum boleh menjulang kejuaraan itu.

United akan berdepan Midtjylland FC pada Khamis ini dalam kejuaraan Piala Europa.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");