Jenayah

Rintihan dalam longkang

Kepong: Seorang lelaki menahan azab kesakitan lebih 45 minit akibat terjatuh dalam longkang sedalam empat meter sebelum diselamatkan.

Dalam kejadian jam 1.14 pagi semalam, mangsa, Siah Cheong Choon, 61, dipercayai berjalan melalui kawasan berhampiran Metroprima, di sini, sebelum terjatuh ke dalam longkang itu.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Sentul, Mohd Khairul Azri Ab Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.59 pagi sebelum sepasukan anggota JPAMSentul dihantar ke lokasi kejadian.

“Kami menerima panggilan kecemasan dari orang awam yang mendengar rintihan mangsa yang berada di dalam longkang berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa didapati sedang terbaring kesakitan dan mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa cedera di kepala dan tangan akibat terjatuh dan terhentak pada batu longkang.

“Mangsa mendakwa tidak perasan kewujudan longkang itu berikutan mengalami sakit kepala sebelum terjatuh,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan susulan.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");