Sukan Hari Ini

RSGC dah sedia!

Kuala Lumpur: Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) teruja untuk menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2016 yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 Februari ini.

Kejohanan berprestij itu diiktiraf bersama Jelajah Eropah, Jelajah Asia, Jelajah Golf Profesional Malaysia (PGM Tour) dan Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM).

Kapten RSGC Wong Lee Ming, berkata kali terakhir mereka menganjurkan pertandingan besar adalah ketika Terbuka Malaysia 2002.

“Jadi, kami begitu teruja apabila Maybank memilih RSGC sebagai gelanggang kejohanan mereka kerana sebelum ini pertandingan diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club dan lapangan golf lain.

“Sebagai kelab golf tertua di Malaysia sejak 1894, RSGC sudah bersedia menjadi tuan rumah, lebih-lebih lagi apabila kami sudah membaik pulih lapangan selepas menerima nasihat perunding golf profesional Eropah.

“Persiapan padang golf ini mengikut jadual. Agronomi Jelajah Eropah Eddie Adams datang ke sini untuk menilai lapangan dan berpuas hati dengan persiapan yang kami lakukan.

“Ini termasuk Lapangan Timur (East Course) dan Lapangan Kedua (gelanggang Kejohanan Maybank Malaysia 2016) yang sudah digunakan sejak 18 Januari lalu bagi memastikannya sempurna dan mematuhi syarat pertandingan,” kata Lee Ming.

Menurutnya, Adams juga meminta ketinggian rumput kasar (rough) dikurangkan daripada 65 kepada 55 milimeter supaya mesra pemain.

“Begitu juga dengan kelajuan bola di green agar berada pada 11 stipmeter yang tidak harus menjadi masalah kepada pemain,” katanya.

Lapangan RSGC dirasmikan beberapa legenda golf seperti Peter Thomson pada 1960 sebelum Severiano Ballesteros dan Nick Faldo melakukannya pada 1990-an.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");