Sukan Hari Ini

RSGC sedia terima pemain bintang

Kuala Lumpur: Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) sudah bersedia menerima kehadiran pemain ternama pada kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank dari 18 hingga 21 Februari ini.

Kapten RSGC Wong Lee Ming berkata, RSGC kali terakhir menjadi tuan rumah kejohanan berprestij itu pada 2002 dan kini teruja diberi peluang sekali lagi menjadi hos.

“Kami amat teruja apabila Maybank memilih RSGC sebagai gelanggang kejohanan kerana sebelum ini ia diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club dan kelab lain.

“Sebagai kelab golf tertua di Malaysia sejak 1893, RSGC sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah, lebih-lebih lagi apabila lapangan kami sudah menjalani baik pulih dan menerima nasihat daripada perunding golf profesional Eropah.

“Persiapan padang golf mengikut jadual. Agronomi Jelajah Eropah, Eddie Adams baru-baru ini ke sini untuk menilainya dan berpuas hati dengan persiapan kami. Ini termasuk East Course dan lapangan kedua yang akan menyaksikan penganjuran Terbuka Malaysia 2016.

“Eddie meminta ketinggian rumput kasar (rough) dikurangkan daripada 65 milimeter kepada 55mm supaya mesra pemain. Begitu juga kelajuan bola di green pada ukuran 11 stimpmeter dan tidak harus menjadi masalah kepada pemain.” katanya.

Pemain nombor 19 dunia Danny Willett dari England dan beberapa pemain ternama Asia termasuk Thongchai Jaidee dan Kiradech Aphibarnrat dari Thailand sudah mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan itu.

Trio itu menyertai pemain seperti Louis Oosthuizen dan Martin Kaymer, memastikan kejohanan itu menyaksikan kehadiran sekurang-kurangnya lima pemain dalam kelompok 40 terbaik dunia.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");